Pendaftaran Dengan MOF Kementerian Kewangan adalah pra-syarat untuk memperolehi tender dengan Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun. Kami uruskan daftar MOF
Tuesday, November 10, 2009
Bisnes Wanita: Akhirnya Berdaftar dengan MOF
Akhirnya Berdaftar dengan MOF
Mungkin ada yang tertanya-tanya…. apa pentingnya sijil akuan pendaftaran MOF ni?
Untuk anda yang mungkin pertama kali mendengar mengenai sijil akuan MOF ini, sebenarnya sijil ini sangat penting jika anda menjalankan urusan dengan pihak / jabatan kerajaan di Malaysia. Dengan kata mudahnya, pelanggan anda adalah dari jabatan / pihak kerajaan.
Ini kerana proses pembayaran selepas selesai kerja-kerja memerlukan anda memberikan nombor pendaftaran kontraktor Kementerian Kewangan. Anda perlu menjadi kontraktor berdaftar dengan MOF terlebih dahulu. Anda perlu mendatftar di ePerolehan. Selepas berjaya dalam permohonan tersebut, barulah anda akan menerima nombor pendaftaran kontraktor MOF.
Bisnes Wanita